Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan dekat Turkiye, selepas 182 jam terperangkap susulan gempa bumi yang melanda selatan negara itu dan utara Syria, minggu lepas.<br /><br />Detik keajaiban itu disambut dengan sorakan dan tepukan tangan daripada anggota penyelamat selepas mengeluarkan remaja berkenaan di bandar Antakya, Hatay.